Monday 16 April 2012

Tips Memilih Permainan Untuk Anak Anda.

TIPS memilih permainan untuk anak anda..


Sumber: Majalah Pa&Ma

Adalah sebagai penjual juga Ibu kepada 2 cahaya mata, saya amatlah menitik beratkan pemilihan jenis permainan untuk anak-anak, tidak hanya bagi MERANSANG MINDA mereka, tetapi juga selamat untuk mereka.

1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.
2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia di bawah satu tahun.
3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal. Ia boleh membuatkan anak tercekik.
6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh meracuni mereka.
7. Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.

Kemungkinan barang permainan yang berkualiti agak mahal harganya tetapi yang penting anak anda selamat semasa bermain. Dapatkan nasihat dan bantuan daripada petugas kedai untuk memilih permainan yang sesuai untuk anak.

Paling penting, sentiasa berada di sisi anak semasa mereka bermain. Ia akan membuatkan anak-anak rasa lebih dihargai selain keselamatan mereka terjamin.

Bagaimana mahu mengalakkan anak anda belajar.. TETAPI tidak tahu caranya.. biar kami membantu anda memilih yang TERBAIK!

No comments:

Post a Comment